Isnin, 6 Mei 2013

Kepuasan!

Assalammualaikum & Hai,

Hari ni saya ubah sikit cara penulisan saya, harap semua boleh terima la ye. Ok, saya nak share sedikit pasal pengalaman saya semasa menguruskan sesuatu majlis. Kalau ikutkan dari pemerhatian saya,  2 perkara je yang penting kalau nak bagi orang puas hati, kita pun puas hati. Pertama sekali bab jamuan dan yang kedua bab kelancaran majlis.


Ok, kalau bab-bab makan ni saya tau semua pasti setuju kan?Ini yang saya nampak la. Kalau dulu masa saya kahwin pun bila makanan sedap, tetamu yang datang semua puas hati.Betul tak?Punyela duk puji-puji sampai time tu memang hidung parent pun kembang kuncup la kan sebab diorang yang pilih menu..hahaha. Saya confident la ramai jugak macam tu kan?bile tetamu duk puji bab makan rasa mcm semua benda sempurna dah kan. Ye la kan, siapa yang tak suka dipuji. So memang betul lah pujian ni penting dalam penganjuran majlis sebab boleh naikkan semangat kita sebagai penganjur. Tapi bila makan tak sedap, yang ini la akan buat kita rasa down je. Kalau kite ade feeling macam ni, tandanya bagus sebab kite memang betul-betul nak event kite sempurna kan.

Next kita tengok bab kelancaran majlis pulak. Kalau diikutkan memang la makanan ni priority tp kalau majlis tak lancar sangat pun tak best jugak kan. Nampak tak sedap je mata ni nak tgk sebab ada je tak kena. Contoh kalau mase ustaz ke tengah baca doa, sekali mikrofon takde suara, (time ni la buat hal padahal time rehearsal mantap je) alamat dia memang nampak dah tak kena la kan. Buat pulak dalam dewan, majlis jenis protokol hmm.. memang dengar orang duk bisik-bisik la nanti (pssstt..psstt). Time ni lah kita pun tak tentu hala cari orang nak betulkan. So macam-macam lagi kita boleh tengok majlis yang tak lancar ni, aspek audio visual yang tak elok dan movement yang serabut.

Tapi kalau gabung dua ni tip top, memang majlis kita akan nampak sempurna dan lancar. Yang paling penting kepuasan kita tengok tetamu pun happy dan non stop ucap Terima Kasih atau Well Done kat kita. Memang time tu macam Happy Feet la kite punye seronok kan. After that saya yakin, semangat untuk pastikan event tu sukses akan selalu ada. Tapi ingatla ye, langit tu tak selalu cerah, kalau event tak berape nak cantik atau lancar jangan putus asa. Kena anggap bende tu proses kita untuk belajar jadi lebih baik.


The most important thing in event management, Satisfaction!

Rabu, 1 Mei 2013

Banyak sangat "kepala"..susahkan?

Assalammualaikum & Hai,

Selamat Hari Pekerja!

Pernahkan anda alami situasi dalam sesuatu majlis, terutama di majlis kenduri kendara akan wujud ramai individu yang memberikan arahan dan pendapat mereka pada masa yang serentak seolah-olah mereka tahu segalanya. Saya pasti dan yakin ramai di antara kita yang akan mengalami perkara yang sama atau telah mengalaminya. Sudah menjadi kelaziman setiap yang berpengalaman atau orang kata "lebih makan garam" akan sentiasa cuba ke hadapan. Tidak salah kalau ada yang "otai" dalam penganjuran majlis ini namun begitu, kadangkala apa yang  cuba disampaikan itu akan memberikan input yang boleh mengelirukan kerana arahan dan pendapat yang diberikan tidak sampai sepenuhnya atau tidak tepat kerana terlalu banyak arahan atau "kepala". Sememangnya niat dan tujuan setiap indvidu ini adalah sama iaitu bagi memastikan majlis tersebut berjalan lancar sedangkan tanpa mereka sedari cara tersebut sebenarnya akan menyukarkan beberapa pihak yang akan terlibat dengan keputusan mereka.


Sebagai metaforanya jika kita melihat kepada situasi di atas sebuah kapal, pada asasnya hanya akan ada seorang kapten yang akan memimpin anak kapalnya untuk membawa kapal mereka ke suatu destinasi yang dituju. Tapi jika melihat kepada situasi tersebut kita semua tahu kalau terlalu ramai kapten dalam sebuah kapal, pasti arah tuju dan haluan kapal akan menjadi huru hara apatah lagi penerimaan dari anak kapal yang berada di atas kapal itu sendiri.


Begitu juga realiti dalam pengurusan majlis tentang kepentingan seorang Floor Manager sebagai penentu kepada keputusan yang telah dibuat oleh jawatankuasa majlis. Floor Manager, bagi saya adalah sebagai penghubung di antara jawatankuasa majlis dan tetamu atau audiens. Jadi setiap pihak harus memahami akan fungsi dan peranan sebenar Floor Manager iaitu beliau berkuasa ketika majlis berlangsung dan layak membuat keputusan yang sewajarnya mengikut perancangan majlis tersebut.



Sememangnya peranan seorang Floor Manager sangat signifikan dalam penganjuran sesuatu majlis dan ini bergantung kepada kehendak majlis itu sendiri. Akhirnya jika hanya satu "kepala" sebagai nakhoda, ia pasti akan melancarkan lagi perjalanan majlis yang telah dirancang kerana setiap orang faham akan peranan masing-masing tanpa perlu menganggu kerja orang lain.


Sabtu, 27 April 2013

Apa itu Pengurusan Majlis?



Pengurusan Majlis

Pengurusan Majlis adalah pengurusan yang amat penting dalam pelaksanaan sesuatu majlis. Melalui pengurusan yang profesional dan sistematik, sesuatu majlis itu dapat dirancang dan diuruskan dengan lancar dan sempurna. Melihat senario semasa, segelintir masih belum menyedari dan memahami akan kepentingan perancangan dan pengurusan majlis yang sistematik sebelum sesuatu majlis itu dilaksanakan.


Antara majlis yang yang kurang  mendapat perhatian dari segi pengurusan dan perancangan majlis adalah seperti pengurusan majlis kahwin sama ada di rumah atau di dewan, majlis keraian lain seperti majlis aqiqah dan cukur jambul, majlis pertunangan dan sebagainya. Ini kerana masih wujud amalan kebiasaan seperti amalan turun temurun oleh keluarga dan nasihat rakan-rakan yang pernah melalui pengalaman tersebut. 


Sehubungan itu, kami di izzaraeventmanagement menawarkan perkhidmatan pengurusan majlis kepada anda tentang bagaimana sesuatu majlis dapat dirancang dengan baik dan tersusun. Terdapat pelbagai aspek yang harus diberi penekanan dalam pengurusan majlis seumpama ini seperti objektif, tema, lokasi, tarikh, masa, jemputan, senarai semak keperluan majlis, jawatankuasa, floor manager, emcee, usherette, atur cara pentadbiran (pergerakan), jurugambar rasmi, goodies dan susunatur majlis. Jadi sekiranya anda memerlukan khidmat pengurusan majlis yang terancang dan tersusun, kami di izzaraeventmanagement menyediakan perkhidmatan antaranya seperti:

i)            Floor Manager 
ii)           Emcee berpengalaman dalam majlis 
iii)         Konsultansi bagi pengurusan majlis yang bersesuaian mengikut tema dan konsep
iv)         Photographer

Sila emelkan ke izzaraeventmanagement@gmail.com atau telefon di talian
019-2837205 (Adlan)